MENGAPA CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) MENJADI PERKARA YANG SANGAT PERLU DINILAI SEBELUM MENJUAL HARTANAH?

Dalam posting saya yang terdahulu iaitu “4 Perkara Penting Yang Anda Perlu Fahami Sebelum Menjual Hartanah”, point number 3 saya ada menyebut perkara ini menjadi salah satu perkara penting perlu di perhalusi sebelum menjual hartanah.

Dalam posting ini saya akan membincang dengan lebih detail supaya anda semua lebih memahaminya dengan jelas kenapa ianya sangat penting??

(more…)

Read More

SENJA @ LAMAN SERAI Projek Rumah Teres Moden Sangat Hot di Pasir Mas

SENJA @ LAMAN SERAI

 

 

 

 

 

Kediaman Dalam Bandar Baru Pasir Mas Kelantan

Senja @ Laman Serai, Bandar Baru Pasir Mas merupakan projek perumahan baru teres satu tingkat, yang dibangunkan oleh Pemaju Taman Semasa (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pemaju hartanah yang bekerjasama dengan Majlis Daerah Pasir Mas dalam pembangunan Bandar Baru Pasir Mas.

Kawasan perumahan ini dibina di atas tapak seluas 25.39 ekar menjadi antara Projek Perumahan yang sangat strategik dalam Jajahan Pasir Mas.

(more…)

Read More

Senarai Ejensi @ Syarikat Ejen Hartanah Berdaftar Di Kelantan & Terengganu

#Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)

https://lppeh.gov.my/WP2016/

Secara amnya Firma Penilaian Hartanah merupakan Ejensi Hartanah Berdaftar. Ini kerana semua Penilai Hartanah Berdaftar secara automatiknya merupakan Ejen Hartanah Berdaftar dan Pengurus Hartanah Berdaftar.

Sebagai contoh Penilai Hartanah Berdaftar Mohd Nor & Partners (KB) Sdn. Bhd. (MNPKB) Tuan Haji Sr. Mohd Zaini Bin Hassan merupakan Principal Ejen Hartanah Berdaftar Ejensi Hartanah Berdaftar tempat saya praktis. Number pendaftaran Ejen Hartanah Berdaftar beliau adalah E1207 manakala Number pendaftaran Penilai Hartanah Berdaftar beliau adalah V0404, secara automatiknya beliau juga boleh menjadi Pengurus Hartanah Berdaftar.

(more…)

Read More

7 Cara Membeli Rumah Tanpa Perlu Sediakan Deposit

Pendahuluan

Selepas saya terlibat dengan banyak ativiti pemasaran projek-projek perumahan terutamanya yang Jenis Mampu Milik seperti projek perumahan Azalea Perdana tepi kampus UiTM Machang dan Tanah Al-Hamra projek berhampiran dengan tapak MRSM Tanah Merah membuatkan saya bertemu dengan ramai prospek dari pelbagai jenis latarbelakang seperti:

  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan korporat
  • Pekerja swasta
  • Bekerja sendiri
  • Dan lain-lain

(more…)

Read More

Projek Baru Perumahan Teres 1 Tingkat di Tanah Merah Kelantan Pelaburan Yang Bagus

TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir Tanah Merah, Kelantan

 

Pada mulanya projek diperkenalkan sebagai Aspirasi Maka @ Tanah Merah merupakan projek pembangunan bercampur, perumahan baru teres satu tingkat dan kedai/pejabat 2 tingkat, yang dibangunkan oleh Pemaju Aspirasi sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Kawasan perumahan ini dibina di atas tapak seluas 69.060 ekar bakal menjadi Projek Perumahan yang terbesar dalam Jajahan Tanah Merah.

 

(more…)

Read More

4 Perkara Hebat AZALEA PERDANA – Kediaman Pinggiran Kampus UiTM Machang

Projek Perumahan AZALEA PERDANA – Kediaman Pinggiran Kampus UiTM Machang, Kelantan

Pada mulanya projek diperkenalkan sebagai Aspirasi Ulu Sat @ Machang merupakan projek perumahan baru teres satu tingkat, yang dibangunkan oleh Pemaju Aspirasi sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (Milik Penuh Kementerian Kewangan Malaysia Diperbadankan).

Kawasan perumahan ini dibina di atas tapak seluas 40.39 ekar menjadi antara Projek Perumahan yang terbesar dalam Jajahan Machang.

(more…)

Read More

Panduan Ringkas Membuat Pinjaman Perumahan Untuk Bukan Kakitangan Kerajaan

Seringkali saya dihubungi oleh prospek yang bertanyakan rumah/hartanah yang di iklan, pasti akan memanjangkan pertanyaan nya kepada bagaimana untuk memohon pinjaman jika mereka comfirm ingin membeli rumah tersebut. Melalui posting yang ringkas ini semoga anda mendapat sedikit panduan sebelum membeli hartanah idaman anda.

Jika anda bukan kakitangan kerajaan atau badan berkanun anda hanya mempunyai satu pilihan pinjaman perumahan sahaja, iaitu melalui pinjaman perumahan daripada Syarikat Kewangan Swasta atau Bank.

Apabila anda membuat keputusan membeli sesebuah rumah dengan menggunakan Pinjaman Bank ada beberapa perkara penting yang perlu di ambil kira seperti juga dalam Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan. Melalui posting ini saya akan sebut secara umum untuk memberi sedikit panduan kepada anda iaitu :

(more…)

Read More