10 Servis Ejen Hartanah Lelong Kepada Prospek Pembeli & Pelabur Hartanah

Di Kelantan saya merupakan Ejen Hartanah Lelong yang pertama daripada ejensi hartanah berdaftar tempatan menawarkan khidmat perejenan untuk pembeli hartanah lelong iaitu dalam tahun 2013.

 

Sebagai pelopor dalam segmen pasaran ini pada peringkat permulaan agak mencabar kerana ramai prospek tidak memahami peranan Ejen Hartanah Lelong. Dalam ruang ini saya ingin berkongsi apakah servis atau peranan penting Ejen Hartanah Lelong kepada Prospek Hartanah Lelong di Kelantan jom sama-sama kita kongsi disini :

 

  • Sebelum Hari Lelongan

 

  1. Memperkenalkan senarai hartanah lelong yang ada dalam pasaran.

 

Masih ramai prospek hartanah tidak mengetahui wujudnya hartanah lelong atau tidak tahu bagaimana untuk membelinya dalam pasaran. Ejen hartanah lelong kerjanya memperkenalkan senarai-senarai ini melalui medium pemasarannya seperti saya memasarkan melalui online www.azmanpropertysite.com, www.joghohartanah.com , http://azmanmatyasin.iagent.my dan www.facebook.com/azman.matyasin.3 .

 

  1. Menyelidik dan berkongsi maklumat tentang hartanah yang disenaraikan.

Ejen hartanah lelong professional akan membuat lawat periksa terlebih dahulu serta dalam masa yang sama mendapat input berkenaan hartanah itu serta penghuninya. Maklumat ini sangat penting untuk membantu prospek membuat keputusannya.

 

  1. Berkongsi maklumat nilai pasaran serta potensi hartanah tersebut.

Antara perkara terpenting adalah maklumat Nilai Pasaran Hartanah atau Market Value perlu diketahui oleh prospek. Ejen akan mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada penilai hartanah serta laporan penilaian hartanah tersebut. Ejen juga akan kongsi potensi hartanah itu sebagai nilai tambah untuk membeli.

 

  1. Membantu menyediakan dokumen awal yang berkaitan.

Dokumen awal yang perlu diteliti oleh prospek sebelum membeli rumah lelong adalah POS (Proclamation of Sale) atau Peristiharan Jualan Lelong dan Carian Hakmilik. Ejen boleh membantu prospek mendapatkan dokumen-dokumen ini. Ejen juga akan menyediakan borang untuk membida serta menjelaskan dokumen milik pembida yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan prospek.

 

  • Hari Lelongan

 

  1. Membantu prospek memahami situasi di tempat lelongan

Semasa menghadiri sesi lelongan ada situasi-situasi yang boleh mengganggu tumpuan dan emosi prospek pembida yang tiada pengalaman. Situasi seperti desakan dan pujukan pembida lain supaya menarik diri boleh menjejaskan tumpuan pembida sehingga ada yang terus berputus asa untuk membeli. Ejen akan membantu pembidanya untuk memahami situasi sehingga mudah menghadapinya.

  1. Membantu prospek membuat keputusan membida.

Antara pekara sukar semasa ingin membida adalah membuat keputusan harga ceiling untuk sesuatu pembidaan. Jika terlalu rendah anda mungkin terlepas untuk memilik hartanah idaman, jika terlalu tinggi anda berisiko tidak dapat menyelesaikan baki bayaran akibat mendapat pembiayaan loan bank kurang daripada harga belian. Sebagai ejen saya boleh membantu pembeli membida dalam harga pasaran dan jika pembida lain membida lebih daripada harga pasaran anda wajar berhenti kecuali anda mempunyai tunai yang banyak untuk top up loan.

 

  1. Mewakili pembida untuk membuat bidaan.

Saya banyak membantu pembeli yang tinggal di luar Kelantan bahkan ada yang tinggal di luar Negara. Mereka ini mempunyai masa yang terhad, seperti juga ada sesetengah pembeli yang tinggal di Kelantan dan mempunyai jadual yang padat sedangkan jadual lelongan tidak menentu. Keadaan ini memerlukan khidmat ejen hartanah lelong yang boleh mewakili pembeli untuk membuat bidaan. Tugasan ini memerlukan intergriti yang tinggi kerana banyak dugaannya.

 

  • Selepas Hari Lelongan (Menang Membida)

 

  1. Membantu pembeli untuk mendapat dokumen pembelian.

Setelah pembeli berjaya membida maka pihak pelelong perlu menyediakan dokumen pembelian yang dikenali sebagai Memorandum Jualan. Jika pembelian diwakili oleh ejen maka pembeli tidak perlu bersusah payah untuk mengejar pelelong untuk mengambil dokumen ini semuanya akan diuruskan oleh ejen. Ejen juga pasti membantu jika clientnya membeli sendiri.

 

  1. Membantu pembeli mendapat pinjaman perumahan dari banker berpengalaman

Satu peringatan penting kepada pembeli hartanah lelong supaya berurusan dangan banker yang berpengalaman memproses loan hartanah dibeli melalui lelong. Jika anda tersalah pilih banker maka terpaksa lah anda berkejaran untuk memastikan proses loan dapat selesai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebagai ejen saya sangat mengenali banker yang berpengalaman dan yang telah banyak membantu melancarkan kerja-kerja saya.

 

  1. Membantu pembeli mendapat khidmat guaman yang terbaik

Peguam adalah antara individu yang sangat penting dalam pasukan ejen hartanah lelong jika pembelian dibuat dengan loan bank. Peguam yang berpengalaman menguruskan kes pembelian hartanah lelong pasti akan menyelesaikannya dalam masa yang pantas serta lancar. Apabila diserahkan kepadanya maka anda hanya perlu menunggu berita gembira. Jika anda membeli dan ingin membuat pembayaran tunai baki pembelian anda hanya perlu serahkan kepada saya menyelesaikannya A-Z tanpa perlu melantik peguam.

 

Kesimpulan

 

Jika anda ingin mula membeli hartanah lelong indaman anda hari ini maka jom mulakan dengan jadikan Ejen Hartanah Lelong sebagai rakan dalam pasukan anda. 10 servis yang ditawarkan adalah pakej lengkap untuk pembeli/pelabur mengalami pengalaman baru sebagai sebagai rakan dalam satu pasukan pelaburan hartanah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *