Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar (REN) di Kelantan

Saya percaya ramai di Kelantan yang ingin menjadi Perunding Hartanah @ REN yang berdaftar di Ejensi-Ejensi hartanah yang berdaftar tetapi kurang memahami apakah kelayakan dan prosedurnya. Melalui posting ini saya cuba jelaskan semoga ia dapat membantu anda memahaminya untuk memulakan langkah pertama untuk menceburi bidang ini.

Pertama, jika anda tidak memiliki ijazah/diploma/sijil pengurusan hartanah atau penilaian daripada ipt awam seperti UiTM, UTM, UM, INSPEN atau ipt swasta yang menawarkan bidang kursus ini anda perlu menghadiri kursus asas perunding hartanah atau ‘Real Estate Negotiator Course’ selama 2 hari dengan anggaran kos dalam RM600.

Setelah tamat kursus anda akan di beri sijil penyertaan yang membolehkan anda memohon dan menyertai ejensi hartanah berdaftar yang sedia menerima anda. Manakala pihak ejensi akan mendaftar anda di Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah  Malaysia sebagai REN atau Perunding Hartanah dalam senarai Perunding Hartanah dan akan diberi No. Pendaftaran REN 00007 contohnya.

Kedua, bilamana anda memiliki ijazah/diploma/sijil bidang kursus seperti yang saya nyatakan di atas, anda tidak perlu lagi menghadiri kursus asas perunding hartanah atau ‘Real Estate Negotiator Course’. Anda boleh memohon terus ke Ejensi Hartanah Berdaftar yang anda ingin sertai.

Setelah diterima anda perlu mendaftar dengan bantuan Ejensi/Prinsipal di Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah  Malaysia sebagai PEA atau Probitionary Estate Agent dalam senarai Probitionary Estate Agent dimana anda akan diberikan No. Pendaftaran PEA contoh seperti No. Pendaftaran saya PEA 1014 dan anda boleh menyemaknya didalam laman web LPPEH.

Manakala prosedur untuk menyertai mana-mana ejensi hartanah berdaftar sama jer seperti anda ingin memohon kerja dengan menghantar resume, dokumen diri serta 2 kelayakan yang telah saya dinyatakan di atas.

Semoga posting ini boleh membantu anda yang berminat. Jika anda berminat ingin untuk mendapat maklumat lanjut atau ingin menjadi Perunding Hartanah bersama saya anda boleh menghubungi saya melalui maklumat dalam profile saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *