Profil

profile

 

PROFIL EKSEKUTIF: AZMAN BIN MAT YASIN

Merupakan anak jati Kelantan dari Kota Bharu, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan Diploma Pengurusan Hartanah daripada UiTM. Saya telah praktis amalan Ejen Hartanah atau Real Estate Negotiator Profesional dengan Ejensi Hartanah yang berdaftar di Kelantan bermula dari tahun 2011 lagi.

Pengalaman saya dalam bidang hartanah bermula dalam tahun 2004 sebagai Eksekutif Penilaian di sebuah firma penilaian hartanah di Lembah Klang yang mempunyai rangkaian cawangan hampir seluruh Malaysia. Selepas hampir 8 tahun sebagai eksekutif penilaian maka dalam tahun 2011 saya mula mempraktis amalan ejen hartanah professional di Kelantan.

Kini saya merupakan Senior Property Negotiator dan ‘team leader’ di ejensi Mohd Nor & Partners (KB) Sdn Bhd. Saya memiliki kelayakan professional sebagai Probitionary Estate Agent (PEA 1014) dibawah LPPEH dan Pelelong Berlesen di Kelantan

Saya aktif dalam Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk penggal 2015 – 2016, manakala dalam Pertubuhan Pelelong Negeri Kelantan saya memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi.

Azman Mat Yasin
Real Estate Negotiator/ Probitionary Estate Agent (PEA 1014)
Mohd Nor & Partners (KB) Sdn. Bhd.
016-9213895
azmanmatyasin@gmail.com