Projek Baru Perumahan Teres 1 Tingkat di Tanah Merah Kelantan Pelaburan Yang Bagus

TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir Tanah Merah, Kelantan

 

Pada mulanya projek diperkenalkan sebagai Aspirasi Maka @ Tanah Merah merupakan projek pembangunan bercampur, perumahan baru teres satu tingkat dan kedai/pejabat 2 tingkat, yang dibangunkan oleh Pemaju Aspirasi sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Kawasan perumahan ini dibina di atas tapak seluas 69.060 ekar bakal menjadi Projek Perumahan yang terbesar dalam Jajahan Tanah Merah.

 

 

Tanah projek ini adalah freehold di bawah Rizab Melayu maka secara langsung pecahan unit atau lot perumahan nanti juga berstatus yang sama. Walaubagaimanapun lot asal/ geran asal adalah milik Non-Bumi maka akan ada quota untuk Non-Bumi di anggarkan sekitar 30%.

 

Pembinaan TANAH AL-HAMRA akan dibahagikan kepada 2 fasa utama :

 

  1. Fasa 1 : 362 Unit (Rumah Teres 1 Tingkat & Kedai/Pejabat 2 Tingkat)

 

Fasa 1A – Rumah teres 1 tingkat sebanyak 130 unit

Fasa 1B – Rumah teres 1 tingkat sebanyak 210 unit

Fasa 1B – Kedai/Pejabat 2 tingkat 22 unit

 

  1. Fasa 2 : 491 Unit (Rumah Teres 1 Tingkat & Kedai/Pejabat 2 Tingkat)

 

Pecahan secara umum :

Rumah teres 1 tingkat sebanyak 478 unit

Kedai/Pejabat 2 tingkat 13 unit

 

1. Harga Yang Berpatutan

 

Harga TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir, Tanah Merah

 

 

Harga seunit bermula dari RM166,000 (anggaran bayaran bulanan pinjaman sekitar RM790 setiap bulan jika buat 100% loan) untuk pendapatan isi rumah atas RM2,500.

Manakala jika loan 90% (anggaran bayaran bulanan pinjaman sekitar RM760 setiap bulan).

Pada pendapat saya, harga ni berpatutan bagi sebuah rumah teres setingkat baru kawasan Tanah Merah yang mempunyai pelan infrastruktur yang sangat baik berdasarkan prestasi pemaju daripada projek-projek yang terdahulu di Kelantan.

Antara contoh projek yang telah berjaya adalah Taman Perisai Wira Kuala Krai dan Taman Merbau Utama Kok Lanas.

 

Perhatian : Harga jualan akan berubah dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Para prospek dinasihat agar menempah dengan segera supaya dapat membeli unit dengan harga lebih murah seperti berikut :

 

Fasa 1 : 362 Unit (Rumah Teres 1 Tingkat & Kedai/Pejabat 2 Tingkat)

 

Fasa 1A – Rumah teres 1 tingkat sebanyak 130 unit :             Harga Min RM166,000/-

Harga Maks RM196,000/-

 

Fasa 1B – Rumah teres 1 tingkat sebanyak 210 unit :             Harga Min RM186,000/-

Harga Maks RM225,000/-

 

Fasa 1B – Kedai/Pejabat 2 tingkat 22 unit                  :             Harga Min RM367,000/-

Harga Maks RM386,000/-

 

2. Lokasi Yang Betul Untuk Pelaburan Hartanah

 

Lokasi TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir, Tanah Merah

 

Tanah Al-Hamra terletak di Jalan Ismail Petra atau Jalan Jedok, Mukim Maka, Jajahan Tanah Merah, Kelantan. (Sila rujuk pelan lampiran).

Hanya 5 km dari Pusat Bandar Tanah Merah yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, institusi kewangan, Hospital Tanah Merah, Pusat pentadbiran, pasar, stesen bas, teksi, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah rendah, menengah dan banyak lagi.

 

Pelan Tapak dan Lokasi TANAH AL-HAMRA

 

Hanya kira 2 km dari tapak projek ini merupakan tapak projek Maktab Rendah Sains Malaysia (MRSM) Tanah Merah yang bakal dibina tak lama lagi seperti ditanda juga dalam lampiran Pelan Tapak dan Lokasi di atas.

 

3. Mempunyai Jaringan Perhubungan Yang Sangat Baik

 

Perhubungan Jalanraya ke TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir, Tanah Merah

 

Projek perumahan ini dihubungi melalui Jalan Ismail Petra atau Jalan Jedok dari Pusat Bandar Tanah Merah dari sebelah Timur dan dari barat Lebuhraya Timur/Barat dari Ipoh/Grik/Jeli/Tanah Merah/ Bandar Machang serta boleh terus menghala ke Kuala Terengganu melalui Pasir Puteh/ Jerteh/ Setiu.

Untuk ke Pusat Pentadbiran Negeri di Kota Bharu ataupun ke Lapangan terbang boleh melalui Jalanraya Persekutuan Kota Bharu/Machang/Kuala Krai/Gua Musang dan terus ke Kuala Lumpur melalui Kuala Lipis/Raub/Bentong dan melalui Lebuhraya Pantai Timur dengan jarak keseluruhan ke Kuala Lumpur kira-kera 400 KM atau mengambil masa kira-kira 6 jam.

 

4. Kemudahan Infrastruktur yang Baik

 

Kemudahan infrastruktur yang bakal disedia TANAH AL-HAMRA – Kediaman Ceria & Bebas Banjir, Tanah Merah

 

 

Kemudahan yang disediakan/dibina di dalam taman perumahan ini termasuk:

Tapak Masjid (1 ekar)

Menara Tangki Air

TNB Substation. (Pencawang Elektrik)

Taman Rekreasi Dan Permainan Kanak-kanak.

Loji rawatan kumbahan. STP (Tangki najis akan berada di luar kawasan rumah)
Pokok landskap dihadapan rumah

Lampu Jalan Setiap Lorong Rumah

Tapak Dewan Komuniti
Tapak Tadika

 

Jika anda berminat dengan projek ini sila hantar komen anda di ruangan komentar atau boleh hubungi saya terus:

Azman : 016-9213895

Terima kasih & semoga dapat membantu anda!!!

 

4 thoughts on “Projek Baru Perumahan Teres 1 Tingkat di Tanah Merah Kelantan Pelaburan Yang Bagus

  1. Salam. Saya Muhammad Alif Harunddin dari Department Building, Uitm Seri Iskandar
    ,Perak. Adakah pihak tuan berminat untuk mengambil pelajar praktikal?

    1. W’salam w.b.t

      Ya pihak kami mengambil pelajar praktikal

      Boleh telefon/wasap terus saya azman :016-9213895

      T.Kasih
      Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *