4 Perkara Penting Perlu Difahami Sebelum Anda Menjual Hartanah

Setiap kali saya dihubungi oleh pemilik hartanah yang meminta perkhidmatan menjual hartanah mereka saya akan bertanya mereka 4 pekara sangat penting sebelum menerima perlantikan ejen hartanah mereka.

4 Perkara tersebut menjadi faktor utama samada hartanah itu boleh diproses penjualannya ataupun tidak. 4 Perkara Tersebut adalah :

 

 

  1. Harga Cadangan.

 

Ramai juga bakal penjual hartanah yang menghubungi saya untuk menjual hartanahnya dalam keadaan tidak mengetahui harga cadangan atau kurang pasti berapa harga yang ingin dicadangkan untuk penjualan.

Harga cadangan sangat penting dan perlu berdasarkan Harga Pasaran Semasa. Jika ia terlampau tinggi memang mustahil untuk dijual kerana Ejen hartanah professional bukan memasar dan menjual dengan memanipulasi atau menceritakan maklumat yang tidak betul untuk mempengaruhi keputusan prospeknya membuat keputusan membeli.

Apabila saya berdepan dengan prospek penjual begini saya akan memberi nasihat tentang Harga Pasaran Semasa serta memberi Cadangan Harga. Jika Harga Cadangan yang sesuai gagal dipersetujui maka proses perlantikan boleh terhenti atau diteruskan dengan percubaan.

 

  1. Baki hutang semasa

 

Jika hartanah yang ingin dijual, dahulunya dibeli melalui pinjaman dan masih dalam tempoh masa pinjaman. Bakal penjual mesti menyemak terlebih dahulu baki semasa hutangnya sebelum membuat keputusan menjual.

Dalam bahagian baki hutang ini termasuk juga apa2 penalti yang bakal ditanggung oleh penjual yang menentukan hartanah yang bakal dijualnya akan memberinya keuntungan atau kerugian.

 

Kebiasaannya jika baki hutang yang tinggi berbanding Harga Cadangan bakal menyebabkan cadangan penjualan tidak dapat diteruskan kerana prospek penjual akan mengalami kerugian jika diteruskan dan hartanahnya tidak dapat dijual jika Harga Cadangan terpaksa di angkat terlampau tinggi.

Lazimnya selepas 2-3 tahun hartanah dibeli pasti akan ada keuntungan atau peningkatan harga melainkan jika semasa hartanah tersebut dibeli pembelinya membuat “Mark Up Loan” yang secara berlebihan.

 

  1. CKHT atau RPGT

Apa itu CKHT?… CKHT merupakan singkatan daripada Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT singkatan dalam bahasa inggeris iaitu Real Property Gain Tax. Cukai ini akan dikenakan oleh pihak kerajaan keatas keuntungan yang diperolehi oleh penjual hartanah hasil daripada penjualan hartanahnya.

 

Contoh :

Harga Jual                         : RM300,000/-

Harga Beli                          : RM200,000/-

Jumlah Keuntungan        : RM100,000/-

 

Prospek penjual perlu memahami  beberapa isu penting  dan implikasi daripada CKHT ini. Seperti contoh di atas adakah prospek penjual boleh menikmati keseluruhan keuntungan itu atau sebaliknya.

Bilakah ia dikenakan dan adakah ia juga boleh di elakkan? Dan sekiranya anda termasuk dalam kategori yang perlu membayarnya apakah pekara2 yang boleh mengurangkan kadarnya?

Bab ini saya akan bincang dengan lebih detail dalam posting yang khusus untuk tajuk CKHT atau RPGT.

 

  1. Sekatan Pindahmilik

 

Mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar bahawa hartanah yang dimilikinya tidak boleh dijual dengan sesuka hatinya walaupun hartanah tersebut merupakan hakmiliknya.

Antaranya seperti rumah kos rendah. Hartanah dibawah kategori ini hanya boleh dijual kepada pembeli tertentu dan dalam tempoh masa tertentu dan ia perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tertentu.

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk menjual sila la rujuk kepada ejen hartanah yang berpengalaman untuk mendapat bukan sekadar khidmat penjualan tetapi juga dari aspek perundangan seperti yang saya bincang dalam posting.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda memahami sedikit-sebanyak pekara-pekara yang perlu dibuat sebelum memulakan langkah menjual hartanah anda.

Jika Anda ingin menjual Hartanah anda boleh hubungi saya untuk khidmat konsultansi dan jualan, beli & sewa Azman : 016-9213895 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *