4 Tips Menjual Hartanah Anda Dengan Cepat Dan Lancar

(1). Menjual hartanah pada harga pasaran semasa.

Hartanah merupakan suatu aset yang mempunyai nilai pasaran semasa. Nilai pasaran ini diguna pakai dan menjadi asas kepada seorang pembeli hartanah membuat pertimbangan dan keputusan membeli sesebuah hartanah. Begitu juga dengan institusi keewangan akan memberi pembiayaan keewangan kepada pembeli hartanah yang ingin menggunakan kemudahannya berdasarkan Harga Pasaran Semasa atau ‘Market Value’.

Jika hartanah anda dijual pada Harga Pasaran Semasa maka pembeli akan mudah membuat keputusan membeli serta proses mendapat mendapat pembiayaan daripada institusi keewangan dapat berjalan lancar.

 

(2). Menjaga penyelenggaraan hartanah pada tahap yang terbaik.

Hartanah, contohnya sebuah rumah banglo mempunyai bentuk fizikal yang berbagai namun pastinya mempunyi ciri-ciri yang menarik dari aspek rekabentuk, saiz, warna, ciri-ciri keselamatan dan lain-lain lagi. Setiap aspek ini perlu berfungsi seperti sedia asal.

Pemilik perlu menyelenggara setiap aspek ini dengan sebaiknya, contoh paling asas seperti cat sesebuah perlu lah dicat semula jika ia telah luntur semasa ingin menjualnya supaya ia mampu menarik lebih minat pembeli untuk membeli. Begitu juga dengan fungsi-fungsi lain seperti persekitaran halaman rumah mesti lah bersih dan kemas.

Anda mungkin boleh cuba menjual hartanah anda dengan harga diskaun berdasarkan keadaan semasa hartanah anda, namun ia pasti akan menyebabkan jumlah prospek pada hartanah anda akan berkurang serta anda akan lebih rugi apabila prospek yang sedikit meminta diskaun yang lebih banyak.

 

(3). Menjaga penyelenggaraan hartanah pada aspek dokumentasi yang sah

Hartanah bukan sahaja memiliki bentuk secara fizikal yang dapat dilihat, disentuh dan diguna secara fizikal seperti rumah untuk didiami. Namun ada satu lagi aspek yang lebih penting iaitu pemilikan didalam dokumen hakmilik yang sah dari segi undang-undang Negara.

Apa yang saya maksudkan pemilikan yang sah oleh penjual yang ingin menjual serta mempunyai kuasa untuk menjualnya. Contoh jika anda ingin menjual hartanah yang dikongsi bersama penama lain, persetujuan penama yang lain diperlukan untuk membolehkan ianya dijual.

Lain-lain situasi jika hartanah anda mempunyai sekatan penjualan seperti kaveat, maka kaveat tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menjualnya, kerana kaveat ini boleh menyebabkan proses memohon pinjaman dan penjualan tersekat.

 

(4). Melantik Perunding Hartanah Berdaftar dan Profesional

Tips keempat dan merupakan yang paling penting kerana Perunding Hartanah Berdaftar sangat memahami tips-tips penting di atas  seperti memberi khidmat nasihat berkenaan harga pasaran semasa serta cadangan seperti membuat pembaikan pada bahagian-bahagian yang penting pada hartanah anda dan juga boleh menyemak dokumen hakmilik anda serta terus memberi nasihat yang terbaik kepada anda.

Perunding Hartanah Berdaftar biasanya membuat pemasaran secara intensif dan komprehensif kerana mereka adalah professional dan mengamalkan secara secara sepenuh masa. Perunding Hartanah Berdaftar biasanya memiliki laman web sendiri, facebook page serta melanggan web-web pemasaran yang eksklusif dan efektif seperti i-property, property guru, mudah.my dan sebagainya.

Anda wajar memberi perlantikan secara eksklusif kepada Perunding Hartanah Berdaftar kerana perunding hartanah yang berdaftar boleh berkolaborasi atau meluaskan pemasaran dengan bekerjasama dengan ejensi hartanah yang berdaftar lain yang mempunyai prospek pembeli yang sediaada atau dalam istilah ejensi ‘co-agency’.

Kaedah pemasaran Perunding Hartanah Berdaftar pastinya intensif dan sangat berkesan sehingga dapat menjual hartanah anda dengan pantas dengan proses yang lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *