Ingin Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar di Kelantan “4 Perkara Asas yang Perlu Anda Fahami”

Ramai yang menghubungi saya untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar di Kelantan dan bertanya bagaimanakah caranya. Di antara mereka kebanyakannya adalah individu yang sedang bekerja atau yang telah berkecimpung dengan bidang hartanah.

Untuk memastikan tidak berlaku salah faham dikemudian hari maka saya tegaskan ada 4 perkara asas yang perlu difahami dan anda perlu sedia akur padanya.

     Pertama : Pejabat Ejensi Hartanah Berdaftar.

Ejensi Hartanah Berdaftar mesti beroperasi dalam sebuah pejabat yang tetap dan khusus disediakan untuk tujuan Perejenan Hartanah. Ini bermaksud Ejen Hartanah Berdaftar mesti beroperasi dalam sebuah pejabat yang khusus serta mendapat kelulusan daripada LPPEH.

Jika anda ingin menjadi Ejen Hartanah anda mesti menjadi seorang ejen yang bertugas dibawah sebuah ejensi berdaftar yang memiliki pejabat yang berdaftar dibawah LPPEH secara sah.

    Kedua : Ejen Hartanah Berdaftar

Merujuk kepada “Registered Estate Agent” (REA) iaitu individu yang memiliki number pendaftaran Estate Agent contohnya E1207 yang diberi oleh LPPEH setelah individu itu melalui beberapa proses tertentu seperti ditemuduga oleh LPPEH.

Pejabat Ejensi Hartanah Berdaftar mesti diuruskan atau memiliki seorang Ejen Hartanah yang Berdaftar “Registered Estate Agent” REA.

     Ketiga : Real Estate Negotiator (REN)

Manakala anda yang ingin menjadi ejen atau perunding hartanah berada di kedudukan ini. Jawatan anda sebagai REN atau juga dikenali sebagai Negotiator atau Perunding Hartanah.

Ini bermakna anda perlu bertugas dari Pejabat Ejensi Hartanah Berdaftar, melaksanakan tugasan dibawah penyeliaan seorang Ejen Hartanah Berdaftar serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh LPPEH.

Untuk menjadi REN atau mempunyai REN tag anda hanya perlu menghadiri Negotiator Course selama 2 hari yang sentiasa ada dianjurkan untuk tujuan melatih Perunding Hartanah baru.

Dengan itu anda telah dikategorikan sebagai Ejen Hartanah yang di daftarkan (Berdaftar) untuk menjalankan amalan Perejenan Hartanah.

     Keempat : Akaun Pelanggan “Client Account”

Akaun ini merupakan satu akaun yang dibuat oleh sesebuah Ejensi Hartanah Berdaftar untuk meletakkan segala duit deposit yang diterima daripada pelanggan yang membayar deposit sesebuah hartanah melalui Ejensi Hartanah Berdaftar.

Anda sebagai REN mesti memegang amanah apabila mengambil deposit daripada pelanggan mesti meletakkan kedalam akaun pelanggan ini sehingga proses jualbeli selesai dan barulah komisen anda dibayar.

     Kesimpulannya :

Apa yang ingin saya tekankan adalah sebelum anda menghadiri sesuatu Kursus REN yang dibuat adalah anda perlu bersedia untuk akur dengan ketetapan ini serta istiqamah memenggang amanah ini.

Ini kerana ramai yang beranggapan dengan menghadiri kursus REN dan mendapat perlantikan REN daripada sesebuah Ejensi Hartanah Berdaftar maka anda telah mempunyai lesen besar menjalan amalan Perejenan Hartanah secara sesuka hati anda sahaja.

Saya tekan perkara ini supaya anda tidak beranggapan bahawa Perunding Hartanah Berdaftar tidak menyatakan perkara yang sebenar hingga anda mengalami kerugian menanggung kos kursus tetapi tidak dapat menjalankan amalan seperti yang anda harapkan.

Semoga ini perkongsian yang bermanfaat….

Sumber rujukan : Malaysia Estate Agent Standard “MEAS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *