MENGAPA CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) MENJADI PERKARA YANG SANGAT PERLU DINILAI SEBELUM MENJUAL HARTANAH?

Dalam posting saya yang terdahulu iaitu “4 Perkara Penting Yang Anda Perlu Fahami Sebelum Menjual Hartanah”, point number 3 saya ada menyebut perkara ini menjadi salah satu perkara penting perlu di perhalusi sebelum menjual hartanah.

Dalam posting ini saya akan membincang dengan lebih detail supaya anda semua lebih memahaminya dengan jelas kenapa ianya sangat penting??

Pengenalan CKHT/RPGT

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam Bahasa Inggeris Real Property Gain Tax (RPGT) ini dikenakan kepada pemilik yang ingin melupuskan hartanah yang dimilikinya. Cukai ini telah diperkenalkan pada tahun 1975 melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia (YB Lim Guan Eng) telah memaklumkan bahawa Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikenakan sebanyak 5% walaupun dijual selepas 5 tahun. Hal ini berbeza berbanding Bajet tahun sebelumnya di mana hartanah yang dijual selepas lima tahun tidak akan dikenakan sebarang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Pada 30 Disember 2018 yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyiarkan Layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi pelupusan hartanah dalam tahun ke-6 dan seterusnya, dan Layanan Cukai Perkhidmatan untuk Perkhidmatan Profesional Dalam Negeri dan Diimport bermula 1 Januari 2019 seperti Siaran Media yang berikut.

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam Bahasa Inggeris Real Property Gain Tax (RPGT) ini dikenakan kepada pemilik yang ingin melupuskan hartanah yang dimilikinya. Cukai ini telah diperkenalkan pada tahun 1975 melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia (YB Lim Guan Eng) telah memaklumkan bahawa Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikenakan sebanyak 5% walaupun dijual selepas 5 tahun. Hal ini berbeza berbanding Bajet tahun sebelumnya di mana hartanah yang dijual selepas lima tahun tidak akan dikenakan sebarang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Pada 30 Disember 2018 yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyiarkan Layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi pelupusan hartanah dalam tahun ke-6 dan seterusnya, dan Layanan Cukai Perkhidmatan untuk Perkhidmatan Profesional Dalam Negeri dan Diimport bermula 1 Januari 2019 seperti Siaran Media yang berikut :

Manakala ilustrasi lebih ringkas saya amik daripada kakiproperty.com seperti berikut :

Bagaimana CKHT/RPGT memberi kesan kepada keuntungan penjualan Hartanah anda?

Dalam urusan jual/beli hartanah pasti akan melibatkan beberapa elemen percukaian yang pasti melibatkan kos ke atas penjualan sesebuah hartanah dan akhirnya menentukan jumlah keuntungan akhir jualan hartanah tersebut.

Untuk memudahkan anda memahaminya disini saya tunjukkan satu contoh pengiraan CKHT/RPGT  ini saya kongsi daripada coretan Abang Icon seperti berikut :

 

 

Nota :

  1. Harga Pelupusan : Harga jualan semasa hartanah tersebut dijual
  2. Harga Perolehan : Harga semasa hartanah tersebut dibeli
  3. Kaedah pengiraan ini berdasarkan “Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976” yang membenarkan beberapa kos di ambilkira dan ia mungkin tidak dinyatakan dalam pengiraan oleh LHDN.

Berdasarkan contoh pengiraan di atas pada mulanya kita melihat jumlah keuntungan kasar adalah RM250,000/- Namun setelah ditolak lain-lain kos sampingan maka keuntungan bersih mula menyusut kepada hanya RM118,350/-.

TETAPI keuntungan bersih yang sebenarnya adalah RM94,715/- sahaja setelah ditolak CKHT/RPGT berjumlah RM23,670/- berdasarkan Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah 20% pada tahun ke-4.

Bagaimana pula jika Penjualan/Pelupusan ini berlaku dalam Tahun ke-3? Pasti berdasarkan kadar 30%, maka susut lagi la keuntungan yang bakal diterima oleh anda.

Kesimpulannya

CKHT/RPGT pasti akan memberi kesan kos ke atas penjualan/pelupusan hartanah anda, namun masih ada peruntukkan2 yang memberi pengecualian jika anda layak dan perlu memohonnya jika anda menghendakinya.

Pekara yang saya ingin tekankan para penjual perlu memahami kesan keputusan menjual yang dibuat, oleh itu anda boleh merancang penjualan hartanah anda dengan khidmat perundingan daripada Perunding Hartanah Professional.

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada semua para pembaca, manakala jika ada pertanyaan, perkongsian ataupun sebarang komen sila ajukan… Terima Kasih

 

Azman Mat Yasin

Perunding Hartanah MNPKB

016-9213895/ 019-2133895

2 thoughts on “MENGAPA CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) MENJADI PERKARA YANG SANGAT PERLU DINILAI SEBELUM MENJUAL HARTANAH?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *