Panduan Membeli Hartanah Lelong di Kelantan

Antara soalan yang saya terima semenjak menjadi Ejen Hartanah Lelong di Ejensi yang berdaftar di Kelantan untuk beberapa tahun ini ialah :

 

  1. Bagaimana cara untuk membeli hartanah lelong?

Cara membeli hartanah lelong hanya dengan menyediakan deposit pembelian hartanah lelong sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab tertakluk dalam syarat Perisytiharan Jualan atau panggilan ringkas POS (Proclamation of Sale).

Bayaran ini mesti dibuat dalam bentuk bank deraf dan dibuat atas nama Bank yang melelong hartanah tersebut.

Manakala untuk baki bayaran 95% atau 90% lagi pembeli diberi masa 120 hari dari tarikh pembelian dan sekiranya gagal deposit akan hangus.

Kaedah pembayaran baki bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui loan bank. Ada yang bertanya boleh ke buat loan kerajaan? Jawapannya jika berdasarkan tempoh masa diberi memang tidak boleh… tetapi jika ingin cuba juga saya boleh uruskan… bab ni kena bincang selanjutnya.

  1. Apakah dokumen lain yang diperlukan?

Selain bank deraf yang telah dibuat bakal pembida perlu membuat salinan kad pengenalannya dan dibuat pengesahan salinan asal jika diminta berbuat demikian.

Bersama-samanya disertakan borang pembida yang perlu diisikan dan ditandatangani oleh pembida jika dipejabat tanah dan mahkamah.

  1. Dimanakah tempatnya?

Tempat-tempat proses bidaan dibuat adalah seperti di Mahkamah Tinggi, Pejabat Tanah dan Pejabat Pelelong yang biasa dikenali sebagai Auction House.

  1. Apakah kos yang perlu pembeli tanggung selain daripada harga pembelian?

Selain daripada harga pembeli, pembeli perlu menyediakan bayaran untuk penyediaan Kontrak Jualan.

Jika pembeli ingin buat bayaran baki pembelian secara tunai saya sebagai ejen boleh uruskan sehingga pendaftaran nama pembeli dalam dokumen hakmilik dengan sejumlah yuran serta disburhment.

Begitu juga apabila membuat loan bank anda perlu melantik peguam untuk proses loan dan pindahmilik dengan sejumlah yuran dan disburhment.

  1. Bagaimana Ejen Hartanah Lelong dapat membantu pembeli dan apakah kos nya?

Pada masa dulu senarai hartanah lelong tidak disebarkan dengan secara meluas sehingga menyebabkan hanya pembeli yang sama dan biasa membeli sahaja memonopoli pembelian hartanah lelong.

Namun kini pihak bank telah menyediakan sejumlah komisen untuk dibayar kepada ejen lelong jika mereka berjaya memasarkan dan membantu pembeli membeli.

Namun tidak semua senarai hartanah lelong mempunyai komisen yang akan dibayar kepada ejen.

Ejen akan memasarkan senarai hartanah lelong dan mendaftar pembeli yang melaluinya… jika berjaya komisen akan dibayar kepadanya… jika tidak maka tiada apa yang akan diterimanya.

Jika pembeli ingin membeli dari senarai yang tiada komisen maka perlu la anda membayar sejumlah bayaran yang akan dikenakan secara berpatutan oleh ejen untuk membantu anda.

Kesimpulannya

Berurusan la dengan ejen hartanah lelong dari ejensi yang berdaftar yang membantu dan memudahkan urusan anda. Antara website untuk anda semak senarai hartanah lelong.

www.azmanpropertysite.com dan www.joghohartanah.com .

http://www.azmanpropertysite.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *