Apabila anda merancang membeli hartanah, anda perlu mengetahui bagaimana cara untuk membiayai pembelian hartanah tersebut. Atau istilah yang biasa diguna adalah pinjaman/loan pembelian hartanah.
Bagi kakitangan kerajaan atau badan berkanun mereka mempunyai 2 pilihan samada untuk membuat Pinjaman daripada Kerajaan ataupun Pinjaman daripada Bank.
Jika anda membuat keputusan untuk membuat pinjaman kerajaan perkara pertama yang perlu anda buat adalah menyemak had kelayakan pinjaman anda berdasarkan slip gaji terbaru anda.
Disini saya lampirkan senarai had kelayakan terbaru pinjaman kerajaan atau badan berkanun dibawah pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau LPPSA seperti berikut :
Selepas menyemak had kelayakan pinjaman anda, perkara kedua yang perlu anda buat ialah mengira jumlah bayaran bulanan pinjaman perumahan yang anda ingin pohon berdasarkan harga rumah yang ingin dibeli samada melebihi had komitmen dalam slip gaji ataupun tidak. Contoh jika harga rumah yang ingin dibeli adalah RM300,000/- dan contoh pengiraan anggaran pembayaran balik pinjaman/ bayaran bulanan pinjaman seperti di bawah :
Jadi anggaran bayaran balik bulanan adalah RM1,479.79 sebulan jika anda ingin membeli rumah berharga RM300,000/- dengan tempoh masa bayaran ansuran semula 30 tahun.
Anda boleh membuat pengiraan sendiri dari link ini : www.lppsa.gov.my/v1/index.php/kalkulator
Jumlah Pemotongan : RM2,208.99 / RM5781.77 = 0.382 x 100% = 38.20%
Kesimpulannya pemohon ini masih layak membeli rumah yang berharga RM300,000/- dengan jumlah bayaran balik bulanan RM1,479.79 kerana komitmennya dalam sekitar 38% sahaja.
Nota :
- Tempoh pinjaman 30 tahun dengan menggabaikan umur sebenar dalam contoh slip gaji di atas.
- Penggiraan tempoh pinjaman mesti mengambil kira umur sebenar.
- Tempoh masa maksimum pinjaman adalah 30 tahun.
- Had umur maksimum pemohon tidak melebihi umur 65 tahun.