Senarai Ejensi @ Syarikat Ejen Hartanah Berdaftar Di Kelantan & Terengganu

#Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)

https://lppeh.gov.my/WP2016/

Secara amnya Firma Penilaian Hartanah merupakan Ejensi Hartanah Berdaftar. Ini kerana semua Penilai Hartanah Berdaftar secara automatiknya merupakan Ejen Hartanah Berdaftar dan Pengurus Hartanah Berdaftar.

Sebagai contoh Penilai Hartanah Berdaftar Mohd Nor & Partners (KB) Sdn. Bhd. (MNPKB) Tuan Haji Sr. Mohd Zaini Bin Hassan merupakan Principal Ejen Hartanah Berdaftar Ejensi Hartanah Berdaftar tempat saya praktis. Number pendaftaran Ejen Hartanah Berdaftar beliau adalah E1207 manakala Number pendaftaran Penilai Hartanah Berdaftar beliau adalah V0404, secara automatiknya beliau juga boleh menjadi Pengurus Hartanah Berdaftar.

Walaubagaimanapun terdapat juga Ejensi Hartanah Berdaftar yang bergerak hanya sebagai Ejensi Hartanah Berdaftar sahaja. Berikut merupakan Senarai Ejensi Hartanah Berdaftar di Kelantan & Terengganu :

KELANTAN :

  1. MOHD NOR & PARTNERS (KB) SDN BHD
  2. ALLIED GROUP PROPERTY CONSULTANT (KELANTAN) SDN BHD
  3. AZAMI & CO SDN BHD
  4. HENRY BUTCHER MALAYSIA (KELANTAN) SDN. BHD.
  5. INTRA HARTA CONSULTANTS SDN. BHD.
  6. NASIR,SABARUDDIN & ASSOCIATES SDN. BHD.
  7. NILAI HARTA CONSULTANT SDN. BHD.
  8. RAHIM & CO INTERNATIONAL SDN. BHD.
  9. HARTANAH HADI
  10. IPC REALTY SDN. BHD.
  11. WTW REAL ESTATE SDN. BHD.

TERENGGANU :

  1. MOHD NOR & PARTNERS (KT) SDN BHD
  2. HENRY BUTCHER MALAYSIA (TERENGGANU) SDN. BHD.
  3. MITRA VALUERS & PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD
  4. PROHARTA CONSULTANCY SDN. BHD.
  5. RAHIM & CO INTERNATIONAL SDN. BHD.
  6. AZMI & CO. (ESTATE AGENCY) SDN. BHD.
  7. C C KHOR REAL ESTATE AGENCY
  8. WTW REAL ESTATE SDN. BHD.

Ejensi-ejensi Hartanah Berdaftar ini di kategorikan berdaftar kerana berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) yang merupakan sebuah Lembaga yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia.

Lembaga ini bertindak sebagai pendaftar, penyelia & menguatkuasa apa-apa peraturan dibawah bidang kuasanya ke atas Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Jika anda ingin maklumat lebih detail tentang Ejensi-ejensi Hartanah Berdaftar ini anda hanya perlu membuat carian di laman web  Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) seperti Link ini http://search.lppeh.gov.my/ dan semua maklumat sedia dapat di akses.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberi sedikit maklumat berguna kepada anda & jika ada sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada melalui ruangan komentar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *