7 Panduan Membeli Tanah Lot Yg BELUM ADA HAKMILIK INDIVIDU

Untuk mengenal pasti adakah ianya benar-benar murah dan menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan anda perlu selidik aspek-aspek serta cara penyelesaiannya berikut :

  1. Siapa yang akan tanggung kos infrastruktur?

Tahukah anda setelah pelan pecahan lot dicadangkan oleh Jurukur dan diluluskan oleh pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran yang lengkap dengan pelan rizab jalan, parit dan sebagainya tidak bermakna segala infrastruktur tersebut dengan sendirinya akan tersedia.

Pemilik atau penjual tanah tersebut mungkin akan menjual tanah tersebut dengan akan membuat segala infrastruktur seperti dalam pelan pecahan lot atau mungkin juga tidak akan membuatnya dan menjual dengan keadaan fizikal sedia ada.

  1. Siapa yang akan bayar premium untuk dapatkan hakmilik individu?

Sebelum sesuatu hakmilik itu diberikan kepada pemilik setelah proses pecah lot selesai maka suatu kadar premium perlu terlebih dahulu dijelaskan.

Adakah pemilik asal/penjual akan menjelaskannya atau bakal pembeli yang perlu menjelaskannya sendiri untuk membolehkan hakmilik tersebut diberikan kepadanya.

  1. Adakah syarat nyata guna tanah pertanian atau perumahan?

Tanah yang dipecah lot tidak semestinya secara automatik syarat nyata guna tanah terus bertukar menjadi syarat bangunan. Ianya tertakluk kepada permohonan yang dibuat oleh oleh pemilik asal/penjual serta mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah.

Bakal pembeli perlu menyemak permohonan yang dibuat oleh pemilik asal/penjual samada ianya betul seperti yang ditawarkan.

  1. Menyemak Rancangan Tempatan (RT) untuk mengetahui ZONNING tanah.

Bakal pembeli boleh menyemak Rancangan Tempatan (RT) juga untuk mengetahui ZONNING tanah samada ia bersesuaian dengan cadangan pecah lot dan tukar syarat yang ditawarkan kepada bakal pembeli.

Jika ia sesuai anda boleh teruskan dan jika tidak anda tidak perlu mengambil risikonya.

  1. Siapa yang akan membayar Premium Tukar Syarat Tanah?

Selain daripada bayaran premium untuk mendapatkan hakmilik individu pemohon tukar syarat perlu juga membayar Premium Tukar Syarat Tanah.

Anda sebagai pembeli atau pemilik asal/penjual yang akan membayarnya?

  1. Pastikan berapa nama yang ada dalam surat hakmilik tanah.

Penama didalam sesuatu hakmilik boleh jadi tunggal atau berbilang. Jika ia tunggal dan sama dengan nama penjual maka tiada masalah untuk anda meneruskan urusniaga.

Akan tetapi jika ia berbilang anda perlu mengenalpasti berapa ramai yang terlibat dan adakah kesemuanya bersetuju untuk menjualnya. Anda perlu tahu jika hanya seorang sahajapun tidak bersetuju maka keseluruhan proses jualbeli tersebut tidak boleh diteruskan.

  1. Pastikan anda melantik peguam sendiri bagi menjaga hak dan kepentingan anda.

Merujuk kepada beberapa persoalan di atas anda perlu memahami segala terma dan syarat dengan jelas supaya anda tidak terjerat sehingga menyebabkan anda mengalami kerugian dan banyak kesukaran dalam proses membeli tanah tersebut.

Pastikan anda melantik peguam anda sendiri untuk melindungi kepentingan anda. Anda mungkin merasakan tidak perlu membazir membayar kos guaman jika setiap persoalan di atas anda dapat menyelesaikannya.

Jika sebaliknya anda mesti mengeluarkan sedikit kos melantik penguam anda sendiri sebelum anda mengalami kerugian kos yang lebih banyak.

Sekian semoga ianya bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *